Wasiat terakhir Osama Bin Laden terdedah

Osama bin Laden
Osama bin Laden
Ketua al-Qaeda Osama bin Laden menggariskan dalam beberapa surat serta dokumen mengenai bagaimana sekurang-kurangnya AS$29 juta (RM120 juta) wang dan hartanya perlu dibahagikan selepas kematiannya dengan kebanyakannya diwasiatkan untuk meneruskan ‘jihad antarabangsa.’
Satu daripada surat berkenaan – sebahagian daripada 113 dokumen dirampas dalam serbuan pasukan khas tentera Amerika Syarikat (AS) pada 2011 yang mengakibatkan kematiannya – dipercayai wasiat terakhirnya.
Ia sebahagian daripada dokumen yang dirampas dalam operasi itu dan didedahkan sejak Mei tahun lalu.
Satu dokumen bertulis yang dipercayai ditulisnya pada lewat 1990-an menjelaskan bagaimana dia mahukan hartanya berjumlah AS$29 juta di Sudan diagihkan.
Osama mahukan satu peratus daripada wangnya diberikan kepada Mahfouz Ould al-Qalid, anggota kanan al-Qaeda yang menggunakan nama samaran Abu Hafs al Mauritani. Satu peratus lagi untuk diserahkan kepada seorang lagi sekutunya, Abu Ibrahim al-Iraqi Sa’ad sebagai hadiah kerana membantunya menubuhkan syarikat pertama Osama di Sudan, Wadi al-Aqiq Co.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment