DITEGUR MENGANDUNG SELAMBA JE JAWAPAN IZARA KAT MAMAT NI

PEMINAT setia pelakon cantik manis, Izara Aishah pasti mengetahui yang aktres itu kini sedang meniti hari-hari bahagia bersama kekasih hati, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios, Adib Khalid.
Hubungan mereka bukan lagi rahsia memandangkan kedua-duanya terbuka berkongsi perhubungan mereka kepada pihak media dan juga para peminat.
Di mana-mana majlis anugerah, pasti Adib akan sentiasa menemani Izara dan baru-baru ini pasangan secocok ini meluangkan masa menghadiri majlis Anugerah Meletop Era yang diadakan Pusat Konvensyen CIBD, Cheras, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Kehadiran Izara di permaidani merah pastinya menjadi tumpuan dan dia turut berkongsikan gambar di laman sosial miliknya.
Yang menariknya, seorang peminat lelaki menegur mengandung ke tu? di posting aktres tersebut.
Dengan selamba Izara, 24, membalas, tak lah, buncit. beserta dengan emotikon senyuman.
Haha, memang sempoi habis jawapan Izara.
Kalau benda ni jadi kat selebriti wanita lain, pastinya ada yang akan sentap sampai tujuh keturunan..
Yang peminat pun tak agak-agak nak beri komen.. MYNEWSHUB.CC
IZARAIZARA1
Komen 

No comments:

Post a Comment